Penerbangan pertama Bolak balik angkasa Buran

Pelancaran orbit yang pertama dan tunggal bagi bolak balik angkasa Buran 1.01 tanpa kendali adalah pada 3:00 UTC pada 15 November 1988. Ia diangkat ke orbit oleh roket pendorong Energia direka khas. Sistem sokongan hayat separuh dipasang dan tiada perisian bagi memaparkan paparan komputer.[1]

Buran mengorbit Bumi dua kali dalam penerbangan selama 206 minit.[3] Semasa kembali, ia melaksanakan pendaratan automatik di landasan bolak balik di Baikonur Cosmodrome, di mana sungguhpun dengan kelajuan angin lintang 17 metre/sesaat ia berjaya mendarat dengan hanya tersasar 3 meter melintang dan 10 meter menegak (longitudinally) dari sasaran.[3]